国立広島・長崎原爆死没者追悼平和祈念館 平和情報ネットワーク GLOBAL NETWORK JapaneaseEnglish
 
Select a language / Bahasa Melayu (Malay・マレー語) / Video testimonial (Lihat testimoni mangsa bom atom)
NUMATA Suzuko (NUMATA Suzuko)
Jantina Perempuan  Umur ketika serangan bom atom 22 
Tarikh rakaman dibuat 1987.8.1  Umur ketika rakaman dibuat 64 
Lokasi ketika serangan bom atom Hiroshima(Jarak dari pusat letupan bom atom:1.3km) 
Hall site Dewan Kenangan Keamanan Kebangsaan Hiroshima untuk Mangsa Bom Atom 
Dubbed in Malay/
With Malay subtitles
With Malay subtitles 
Suzuko Numata, berumur 21 tahun ketika itu. Suzuko Numata terdedah pada letupan bom atom ketika berada di Jabatan Komunikasi yang terletak 1.3km dari pusat letupan bom atom. Pada saat beliau melihat cahaya letupan bom atom, beliau telah kehilangan kaki kiri beliau. Cik Numato menerima pembedahan untuk kaki kiri sebanyak 5 kali dan semenjak itu mengalami kesan-kesan daripada letupan tersebut. Sebagai salah seorang daripada mangsa bom atom, beliau meneruskan aktiviti berkongsi pengalaman sebagai mangsa bom atom, dengan harapan yang keamanan akan berterusan dan pengalaman mangsa bom atom tidak akan dilupakan.
 
Beliau memakai blaus nipis dan seluar kain kapas buatan sendiri kerana pagi tersebut panas. Beliau menunggu dengan hud untuk perlindungan dari serangan udara dan bag kecil kecemasan di rumah. Pada pukul 7:31 pagi, ketika amaran serangan udara ditarik balik, beliau keluar dari rumah. Jiran yang berdekatan berkata "Kapal terbang musuh kini tidak berada di ruang udara Hiroshima. Kini anda boleh keluar tanpa risau" Setelah mengucapkan selamat pagi kepada ibu saya, kami berempat, bapa, abang, adik dan saya meninggalkan rumah bersama-sama. Di Jabatan Telekomunikasi, saya meninggalkan bapa dan adik saya, di depan ini ada tangga batu yang bersambung sehingga ke tingkat dua.
 
Tangga ini.
Ya, betul.
 
Tangga ini ditinggalkan untuk kenangan Tangga ini bersambung dari tingkat 1 ke tingkat 2,dan ianya agak lebar. Saya naik tangga ini tanpa henti sehingga ke tingkat atas. 3 orang pekerja perempuan lain masih belum sampai ke pejabat lagi, cuma saya seorang. Saya mengucap "Selamat pagi" kepada Sarjan yang bertugas, dan Sarjan tersebut menjawab "Selamat pagi, panasnya hari ini". Terus saya berfikir, lebih baik saya mengemaskan tempat ini sebelum orang lain sampai. Saya berfikir "Boleh juga saya kemas sendiri", dan saya mula mengemaskan bilik itu.
 
Majlis perkahwinan saya akan berlangsung dalam 2-3 hari lagi. Sejak lewat bulan Mac, 1945, tunang saya telah pergi ke medan perang . Tunang saya akan kembali ke Hiroshima sama ada pada 8,9 atau 10hb Ogos untuk bekerja. Oleh kerana ketika keluarga kami bertemu, mereka telah mengatakan kita berdua tidak boleh kekal bertunang sahaja. Apabila saya dan dan tunang saya bertemu, ia akan dianggap sebagai majlis perkahwinan kami. Saya berasa amat gembira dan bersemangat untuk bekerja pada hari ini. Sebab itu, hari ini saya memulakan kerja saya awal-awal pagi.
 
Setelah saya habis membersihkan kawasan itu, saya mula mengemaskan kain pengesat dan saya bercadang untuk mengemaskan tandas di tingkat 4. Sambil meletakkan baldi saya, saya melihat orang-orang yang berada di luar. Setelah itu, saya turun ke bilik tandas tingkat 4 dengan menggunakan tangga yang berdekatan. Selepas saya turun dari tangga, saya berhenti serta-merta di depan bilik tandas yang berada di sebelah kiri tangga tersebut. Pada ketika itu, saya bertemu dengan rakan karib sepejabat saya yang bekerja bersama dengan saya sehingga akhir bulan April, 1945. Mungkin secara kebetulan teman saya juga sedang menuju ke arah bilik tandas. Saya bertemu dengan teman saya pada detik saya masuk ke bilik tandas dengan baldi. Saya masih ingat ucapan "selamat pagi"
 
Pada waktu itu, saya melihat sinaran yang amat terang. Sinaran yang sangat, sangat cantik. Kini, cuma tinggal cahaya warna oren di depan mata saya. Sinaran yang saya lihat pada waktu itu sama ada berwarna merah, biru atau hijau, tiada warna yang tertentu, sinaran yang tiada bunyi itu tersebar luas dalam sekelip mata.
 
Pada ketika itu, letupan bom itu adalah di arah belakang kawan saya, manakala saya pula menghadap arah letupan atom bom itu. Masa saya tersedar, saya tidak tahu di mana saya berada. Seolah-olah saya berada dalam bilik gelap, Badan saya ditimpa benda berat dan saya tidak boleh bergerak. Saya juga tidak mendengar sebarang bunyi.
 
Setelah sinaran cahaya itu, terasa badan saya ditindih.
 
Saya tidak tahu letupan tersebut telah mencampakkan saya ke bilik mana. Ketika saya melihat sinaran tersebut, saya telah dicampakkan akibat letupan bom atom dan tidak sedarkan diri lagi. Ketika saya sedar, saya berasa ditimpa benda yang berat, tetapi saya tidak tahu apa yang telah berlaku.
 
Kedengaran sahutan "Ada sesiapa di sana?", saya terus melaung, "Tolong, tolong saya!". Mungkin ada seseorang yang mendengar suara saya. Kedengaran suara yang menyebut [Siapa di sana? Sebutkan nama kamu.]. Tanpa berlengah, saya menyebutkan nama sendiri. Ketika saya sedar, orang-orang lelaki kelam-kabut, tetapi saya tidak tahu sebabnya. Sampai sekarang saya tidak tahu siapa yang datang pada waktu itu, tetapi saya masih ingat yang 2 orang datang untuk membantu. Kedengaran suara yang menyebut [Keluar! Keluar!]
 
Saya tidak boleh berdiri, kemungkinan saya berlengah-lengah. Orang lelaki berdekatan mula menolak benda yang menimpa di atas badan saya sedikit demi sedikit. Waktu itu, kedengaran "Oh, kaki kamu", tetapi kaki saya tidak merasa sakit atau apa-apa. Saya tidak sedar keadaan kaki saya. Seumpama hal ini adalah hal orang lain. Saya tidak dapat memberi tindak-balas, saya cuma dapat dengar.
 
Ketika itu, saya tidak tahu macam mana saya dapat berdiri dan digendong, tetapi kedengaran suara yang mengatakan "Biar saya gendong kamu", dan saya digendong sampai ke pintu keluar. Asap tebal yang berbau dan berwarna aneh menyebulungi kawasan itu. Saya bertanya "Apakah yang telah terjadi?", "Tidak tahu, tapi cepat larikan diri" jawabnya. Saya tidak ingat sama ada saya melalui tangga belakang dari tingkat 4 ke tingkat 1. Kami keluar dari pintu belakang ke padang.
 
Apa yang saya lihat di pintu keluar ketika digendong, adalah di seberang padang, dimana Ibu Pejabat Angkatan Tentera Hiroshima, Sekolah Angkatan Tentera Darat Hiroshima serta Institusi tentera berada, kini terbakar merak. Saya tidak tahu mengapa kebakaran telah berlaku. Di sekeliling saya, tempat yang saya kerap kunjung, pohon willow, sakura dan pohon payung Cina terbakar hebat. Semasa digendong, saya menoleh ke belakang dan melihat yang bangunan di situ terbakar bagaikan lautan berapi. Saya berasa aneh mengapa kawasan di sekeliling saya terbakar ketika saya melihat nyala api merah marak dari tingkap. Dalam keadaan yang penuh keliruan, ketika saya melihat padang tersebut, "orang-orang" di situ tidak memiliki bentuk insan lagi.
 
Orang yang saya masih ingat adalah ketua jabatan saya yang berada di tingkat 4. Ketua jabatan saya seumpama tidak berpakaian, seluar dia koyak-rabak, apa yang kelihatan sebagai tuala diikat di kepalanya. Ketua jabatan yang cedera dan orang-orang yang saya kenali juga berada di situ, cuma baju mereka koyak-rabak, rambut mereka kusut dan badan mereka berdarah. Tangan mereka berbentuk sebegini, orang ramai panik sambil berlari di sana-sini, melaung-laung. Benar-benar ingin melarikan diri daripada kesengsaraan ini.
 
Dari seberang padang, kedengaran laungan yang amat kuat. Orang tersebut menyerbu ke arah saya. Pada mulanya, saya tidak mengenali orang tersebut, tetapi saya mengecam bapa saya ketika dia berada di dekat saya. Bapa saya yang lega kerana dapat berjumpa dengan saya akhirnya menoleh ke arah kaki saya. Tulang kaki kiri saya patah, cuma tinggal sebahagian otot dan berdarah banyak. Ketika melihat kaki saya, dalam mata bapa saya cuma tinggal anaknya, saya seorang. Bapa saya terus melaung "Tolong anak saya. Sila bawakan apa-apa". Selepas itu, tatami (tikar Jepun) dibawa ke tempat kami. Di situ, saya berbaring pertama kali. Bapa saya dan mangsa-mangsa yang tercedera turut membantu saya beralih dari padang melalui bangunan yang terbakar. Di sini. Kini kawasan itu adalah laluan keretapi Hakushima, ketika itu, selepas melalui pintu gerbang, saya berlindung di kawasan ini.
 
Di situ, saya mula tersedar dan mula memerhati situasi di keliling saya. Kebakaran disana-sini. Kedengaran rintihan suara menderita "Mak, air. Sakit, minta tolong" Juga kedengaran "Mayat di sini. Di sini juga telah meninggal dunia". Tetapi saya masih tidak berasa takut. Kemungkinan saya masih keliru dengan keadaan sekeliling. Sedikit demi sedikit, saya mula mendengar suara di sekililing saya dengan lebih jelas.
 
Orang-orang berjalan ke arah barisan, di arah kepala saya. Tiba-tiba, orang-orang tersebut rebah dan terus meninggal dunia. Saya masih ingat dengan jelas peristiwa tersebut. Saya menyangka yang nyawa saya terselamat setelah pendarahan dihentikan. Setelah saya sedar, seorang lelaki atau perempuan yang cedera berlingkar menahan sakit di sisi kaki kanan saya. Kedengaran suara adik saya memanggil [akak].
 
Selepas itu, langit bertukar menjadi gelap dan hujan mula turun. Saya masih ingat warna langit pada hari itu. Air hujan menitis atas kaki saya dan mereka yang telah kehilangan nyawa. Selepas peristiwa itu, barulah saya mengetahui hakikat yang air hujan tersebut mengandungi partikel bomb nuklear yang menakutkan. Suasana bertukar senyap ketika air hujan menimpa atas mereka yang mengeluarkan suara.
 
Tetapi ketika itu B29 menyerbu ruangan udara. Oleh sebab kami tidak ingin kehilangan mereka yang telah selamatkan dengan susah-payah, kami beralih mencari perlindungan di tempat lain. Kali ini, semua orang melarikan diri ke pintu gerbang. Tempat itu tidak luas tetapi berada di sebelah Hospital Jabatan Komunikasi. Bapa saya berusaha untuk membawa saya ke hospital untuk menerima rawatan berulang kali. Tetapi doktor dan jururawat juga mengalami kecederaan. Ketika itu, saya berjaya menemui seorang doktor. Kebetulan pada waktu itu, doktor itu adalah Pengarah Hospital, Dr. Michihiko Hachiya. Walaupun saya menerima kecederaan teruk akibat letupan bom atom, akhirnya saya dapat dimasukkan ke dalam Hospital Jabatan Komunikasi. Saya masih ingat yang bapa saya terus melawat doktor tersebut selepas pembedahan selesai di rumahnya dalam keadaan gelap-gelita. Saya berasa tempat tersebut amat jauh, di tempat itu, cuma diterangi cahaya dari sebatang lilin. Disitu kaki saya dipotong dan sekali lagi saya dibawa kembali ke pintu gerbang pejabat komunikasi.
 
Saya bertanya kepada adik saya [Kaki saya macam mana?], adik saya menjawab [Sudah tiada kaki, akak.] Pada waktu itu, saya benar-benar percayai yang saya tidak boleh berkahwin lagi, tidak boleh naik turun tangga lagi dan saya akan hilang kerja saya. Oleh kerana saya mula menjerit, Pesakit lain cuba menenangkan saya dengan kata-kata; Kamu masih boleh naik turn tangga, masih boleh balik bekerja, masih boleh mencari pasangan kahwin. Saya tidak mempunyai ingatan tentang kejadian tersebut, tetapi saya dengar cerita ini dari orang lain selepas itu.
 
Selepas letupan bom atom, saya dibiarkan dalam keadaan cedera-parah selama 3 hari. Pintu gerbang ketika itu penuh dengan kederitaan, seumpama hidup di dalam neraka dalam 2-3 hari tersebut. Oleh sebab mereka yang cedera memerlukan rawatan, orang yang berupaya mula mengemaskan Hospital Jabatan Komunikasi dan sehari selepas itu, saya dipindahkan ke tingkat 1. Disebabkan tingkat 1 penuh dengan mereka yang telah meninggal dunia, mereka yang cedera dan tidak berupaya untuk bergerak, saya ditimpa oleh mereka di situ.
 
Tetapi waktu doktor melihat keadaan saya dengan lilin dan lampu suluh, Mereka berkata "Kami perlu jalankan pembedahan semasa keadaan dia masih baik. Mungkin dia boleh diselamatkan jika dibedah sekarang". Saya diberitahu selepas peristiwa ini telah berlalu. Pada ketika itu, kaki saya yang cedera itu dibiarkan selama 3 hari, kaki saya mula bernanah sampai di lutut saya. Tetapi dalam keadaan itu, tiada sesiapa yang mampu menolong saya pada malam tersebut. Kami cuma boleh tunggu sehingga fajar menyingsing sebelum memulakan pembedahan.
 
Setelah matahari terbit, pada 10hb, kaki saya dipotong di tulang betis tanpa ubat bius. Ketika itu, saya ditemani wakil keluarga, ayah saya. Ayah saya yang tidak sampai hati melihat pembedahan itu meninggalkan wad sakit ketika pembedahan dijalankan. Rakan sekerja saya memegang kaki dan tangan saya sekuat-kuatnya. Waktu pembedahan, saya menjerit sekuat hati dan pengsan selepas itu.

Selepas pembedahan itu, saya berehat selama satu tahun enam bulan. Saya mengalami apa yang dialami oleh orang-orang di sini; rambut gugur, cirit-birit dan demam panas. Kaki saya radang bernanah, Warna hijau, coklat dapat dilihat di kemukaan kain pembalut luka. Air nanah beralir keluar sehingga ke betis saya. Ketika pembalut ditukar, air nanah akan beralir deras, tisu otot juga semakin berkurangan. Tulang yang dipotong tinggal sebagaimana selepas pembedahan, tetapi oleh kerana kehilangan tisu otot, tulang betis terdedah sebanyak 2-3cm. Ketika itu, berulanglah pembedahan untuk memotong tulang tersebut. Dengan itu, tisu otot juga semakin berkurang. Saya masih ingat selepas ibu saya mencuci pembalut, kesan warna coklat dan hijau masih tertinggal di pembalut yang dikeringkan. Dalam keadaan ini, saya telah menerima pembedahan sebanyak 4 kali sehingga Februari 1947.
 
Dalam jangka masa tersebut, ulat muncul merayap di sana-sini, di atas lantai dan juga di badan pesakit. Ulat juga muncul meremut di atas badan saya. Di sebelah kiri saya, dalam jarak 15-16cm, ada seorang pesakit yang ditindih rumah ya dan kehilangan tangan kanannya. Keadaan dia bertambah buruk setiap hari. Ulat yang gemuk merayap-rayap di tangan kanannya. Bukan merayap, ulat itu seolah-olah bangkit dan bergerak tegak. Oleh kerana saya seram melihat ulat tersebut, saya melaung "Tolong buangkan ulat seram itu". Setelah mendengar laungan saya, orang lain mula menolong membuang ulat di badan saya. Ada yang cuba membuang ulat di tangan pesakit itu, tetapi ulat itu susah dikeluarkan. Ulat juga merayap di muka, kepala, mulut dan hidung mangsa-mangsa kebakaran. Ada juga seorang ibu yang menderita akibat ulat-ulat itu, masih sempat mendukung bayinya. Tetapi bayi tersebut meninggal dunia dalam dukungan ibunya. Ini adalah cerita benar. Sampai hari ini, saya tidak dapat melupakan peristiwa di mana ulat muncul di sisi saya atau orang yang kudung tangan.
 
Adik saya menderita kerana risau yang saya akan mati di situ. Saya telah mengalami pelbagai penyakit, termasuk batuk kering, penyakit pankreas, penyakit usus dan selainnya. Saya juga menerima pembedahan untuk membuang serpihan kaca yang meninggalkan parut yang teruk. Saya juga telah menerima pembedahan plastik. Setelah itu, saya mengidap barah payudara yang amat menakutkan. Akibat penyakit itu, saya kehilangan dua payudara. Saya masih menderita akibat kesan penyakit itu. Tulang selangka kiri juga menjadi rapuh dan patah akibatnya. Kini, lengan kirisaya lebih besar daripada lengan kanan akibatnya. Dan saya sedang menderita kerana perlu menyokong lengan yang besar ini
 
Saya juga risau dengan perkara lain. Tiroid saya redang dan saya sedang menerima pemeriksaan penyakit tiroid.  Adik saya pernah mengidap barah payudara. Mungkin barah masih tersembunyi dalam badan kita, Setiap hari, kami risau yang kami mungkin mengidap kanser tiroid. Sebab itu, kami sering mengunjung hospital. Saya masih belum ketahui keputusan pemeriksaan tersebut, itulah hakikatnya. 
 
Kepada mereka yang hidup serba santai di zaman aman sekarang mungkin tidak peka kerana tidak sedar, tertibanya waktu senjata nuklear yang menakutkan dicipta, bila perang nuklear berlaku juga dapat tidak dijangka, apa yang dialami oleh kami tidak boleh diulangkan. Kami berharap apa yang kami telah alami akan berakhir dengan kami. Kita tidak boleh melibatkan diri dalam perang. Pada hari ini, keamanan negara dilindungi undang-undang, dimana perang adalah tidak sah di sisi undang-undang. Tetapi saya risau sampai bila janji ini boleh dipegang teguh. Kita masih tidak tahu janji ini boleh dipegang; amat menakutkan kalau orang muda mempercayai janji itu sepenuhnya. Ketika perang berlangsung, kami diajar untuk mempercayai apa yang tidak benar. Maka pada hari ini, kita tidak harus ditipu, atau mempercayai apa yang tidak benar. Sebab itu, apa yang kami tidak dapat lihat ketika itu, akan dikongsikan melalui pengalaman bom atom, mereka yang masih bernyawa selepas itu dapat menimba ilmu mengelalui pengalaman. Ketika mengulaskan pengalaman, ilmu perlu dituntut.
 
Mata kami juga terbuka dengan itu. Golongan muda patut belajar mengenai peristiwa ini, bagaikan ia telah terjadi pada diri sendiri. Ada peribahasa lama Jepun yang saya sering ulang; "apa yang terjadi pada orang lain hari ini, mungkin akan menimpa diri sendiri esok". Hari ini berakhir dengan damai, kedamaian tersebut akan bertukar kepada sesuatu yang menggerunkan hari selanjutnya, dan menimpa diri sendiri. Itulah kata-kata yang saya sering ulangkan kepada semua. Pelbagai peristiwa berlaku setiap hari, tetapi peristiwa-peristiwa tersebut tidak semestinya tiada kaitan dengan kita. Kemungkinan kita akan mengalami peristiwa yang sama, esok atau lusa.
 
  
 
 

Semua kandungan laman web ini termasuk foto dan teks tidak boleh diterbit, disalin, diedar atau dihantar semula dalam apa bentuk sekalipun.
HOMEに戻る Top of page
Copyright(c) Hiroshima National Peace Memorial Hall for the Atomic Bomb Victims
Copyright(c) Nagasaki National Peace Memorial Hall for the Atomic Bomb Victims
All rights reserved. Unauthorized reproduction of photographs or articles on this website is strictly prohibited.
初めての方へ個人情報保護方針
日本語 英語 ハングル語 中国語 その他の言語