国立広島・長崎原爆死没者追悼平和祈念館 平和情報ネットワーク GLOBAL NETWORK JapaneaseEnglish
 
Select a language / Bahasa Melayu (Malay・マレー語) / Memoirs (Baca memoir mangsa bom atom)
 
Luka perang tidak akan hilang 
FUJIE Kyoko(FUJIE Kyoko) 
Jantina Perempuan  Umur ketika serangan bom atom
Tahun tulisan dibuat 2010 
Lokasi ketika serangan bom atom Hiroshima 
Hall site Dewan Kenangan Keamanan Kebangsaan Hiroshima untuk Mangsa Bom Atom 

●Situasi sebelum jatuhnya bom atom
Pada ketika itu saya di tahun empat di Sekolah Rendah Ujina. Ayah saya, yang berusia 41 tahun, ditugaskan di ibu pejabat perkapalan angkatan tentera, di mana beliau belayar di atas kapal tentera hampir setahun dan hanya pulang ke rumah kami di Ujina-machi (kini Minami-ku, Hiroshima) setiap enam bulan sekali. Ibu saya, yang berusia 31 tahun pada ketika itu merupakan seorang bidan. Walaupun bandar di dalam keadaan bahaya, dia tidak dapat melarikan diri kerana dia mempunyai pesakit yang perlu dirawat. Adik perempuan saya yang berumur satu tahun lima bulan, dan nenek saya (nenek dari sebelah ayah saya) yang berusia 80 tahun juga tinggal bersama dengan kami. Kami juga menjemput sepupu saya tinggal bersama-sama kerana bapa saudara saya yang menguruskan sebuah limbungan kapal di semenanjung Korea, menginginkan sepupu saya belajar di sekolah Jepun.

●Kenangan pemindahan sekolah
Sekitar dalam bulan April 1945, kanak-kanak tahun tiga hingga tahun enam sekolah rendah Ujina telah dipindahkan. Kami dipisahkan dan dihantar ke Miyoshi-cho, Sakugi-son dan Funo-son (kini Miyoshi) di utara Hiroshima. Saya dihantar ke tokong Jojunji, Miyoshi.

Makanan di kuil hampir keseluruhannya adalah kacang soya. Nasinya juga diperbuat dari beras yang di tampal kacang soya dan makanan ringannya juga kacang soya. Pada suatu hari, bola nasi di dalam bekal yang dibawa oleh seorang budak menengah rendah di tokong telah hilang. Kami murid-murid yang baru dipindahkan diminta duduk di dewan utama tokong dan disoal: “Barang siapa yang telah mengambil bola nasi harus mengaku sekarang”.

Berdekatan dengan tokong terdapat sebuah jambatan besar iaitu jambatan Tomoe- bashi, dan berdekatannya terdapat sebuah makam suci. Di tokong tersebut terdapat sebatang pokok ceri yang besar dan berbuah. Kanak-kanak yang lebih dewasa memanjat pokok dan memetik buah ceri untuk dimakan. Saya yang tidak tahu apa-apa, dipanggil oleh mereka dan disuruh berdiri di bawah pokok sambil menghadap keluar untuk berjaga-jaga. Di saat saya melakukannya, seorang lelaki tua datang memekik dan menangkap saya. Lalu dia mendongak ke atas dan berkata, “Semua turun!” dan mereka semua turun dari pokok. Pada waktu orang tua itu memegang tangan saya, saya menangis dan dia bertanya saya berasal dari mana. “Tokong Jojunji,” jawab saya. Lalu dia berkata, “Baiklah,” dan melepaskan tangan saya. Kemudian orang tua itu berkata, “Di bawah pokok ditanam bawang dan lain-lain. Jika kamu memijak tanaman itu maka ia tidak dapat dimakan. Kamu tidak boleh melakukannya. Berhenti menangis.” Pada petang harinya, orang tua itu membawakan kami keledek kukus dan makanan lain untuk dimakan. Meskipun pada awalnya kelihatan menakutkan, saya bertanggapan beliau sangat baik hati. Dia berfikir bahawa kami kelihatan begitu menyedihkan sehingga harus mengambil buah ceri dengan kelaparan.

Kadangkala kanak-kanak sekolah yang dipindahkkan menerima gula-gula atau biskut yang dikirimkan oleh orang tua mereka. Walau bagaimanapun, kami tidak pernah makan. Ibu saya mengirimkan gula-gula yang diperbuat daripada kacang soya yang dikeraskan, tetapi semuanya dirampas oleh guru. Menurut apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak yang lebih dewasa, kemungkinan semua gula-gula tersebut dimakan oleh guru.

Terdapat banyak kutu, ia sangat menyusahkan. Kami membentangkan suratkhabar dan menyikat kutu keluar dari rambut. Kami akan menghancurkan kutu yang berubah menjadi hitam setelah menghisap darah. Kami akan menjemur pakaian kami di bawah sinar matahari di beranda tokong.

●Pada 6 Ogos
Tepat seminggu sebelum jatuhnya bom atom, ayah saya telah kembali dari luar negeri, maka saya bergegas pulang untuk bertemu dengan beliau. Saya seharusnya kembali ke tempat pengasingan pada 5 Ogos tetapi saya tidak berjaya untuk mendapatkan tiket pada hari tersebut justeru pada tarikh 6 Ogos.

Pada pagi hari 6 Ogos, ibu saya pergi ke Hiroshima stesen dengan menggendong adik perempuan saya dibelakang untuk menghantari saya. Terdapat seorang wanita tua dari daerah berdekatan dengan saya yang ingin bertemu dengan cucunya yang telah dipindahkan ke Miyoshi, maka kami menaiki tren bersama. Kami menaiki Geibi Line dan duduk dibelakang menuju ke arah Miyoshi. Sebelum kita memasuki terowong pertama, saya melihat tiga buah payung terjun. Ketika itu, terjadi letupan bom sewaktu kami baharu sahaja memasuki terowong.

Terdapat satu letupan kuat dan bunyi bising yang bergema di telinga saya. Oleh kerana saya duduk, maka saya tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi bagi semua orang yang berdiri, mahupun orang dewasa, lantas jatuh tersembam. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, seolah-olah telinga saya ditutupi dengan batu.

Ketika keluar dari terowong, kepulan asap dari bom atom kelihatan sangat cantik. Saya dan wanita tua hanya melihat, dan berkata, “Oh, hebat.” Disebabkan saya masih seorang kanak-kanak, saya tidak dapat membayangkan apa yang telah terjadi di Hiroshima.

Sewaktu kami tiba di Miyoshi, wanita tua memberitahu saya, “Radio ini menyatakan bahawa Hiroshima telah musnah.” Walau bagaimanapun, saya masih tidak dapat memahami apa yang telah berlaku dan diwaktu petang saya pergi ke sekolah untuk memotong rumput. Pada masa itu, untuk pertama kalinya, sebuah trak tiba di sekolah dengan membawa mangsa bom atom dari Hiroshima. Saya sangat terkejut apabila seorang demi seorang mangsa yang melecur teruk diturunkan dari trak. Sehingga hari ini, saya masih teringat akan kejadian tersebut sangat jelas dimana terdapat seorang mangsa yang kulit mukanya melecur dan tergantung dibawah pipinya dan dia cuba untuk meyentuh kulit pipinya dengan telapak tangan, juga terdapat seorang wanita yang dadanya semua tercedera dan hancur, dan terdapat seorang lelaki yang memegang penyapu berada dalam keadaan terbalik, dia menggunakannya sebagai tongkat sambil berjalan terhuyung-hayang. Lebih dari sekadar rasa takut, saya berasa sangat  terkejut.

●Keadaan keluarga saya setelah jatuhnya bom atom
Kira-kira tiga hari selepas pengeboman, ketika di tokong saya menerima khabar dari keluarga saya di Hiroshima. Selepas itu, sekitar tarikh 12 atau 13 Ogos, saya pulang ke Hiroshima dengan kereta api bersama dengan anak lelaki jiran saya. Dia berada di gred enam dan bernama Nobu-chan. Ayah saya menjemput saya di Hiroshima stesen dan saya berjalan pulang dengannya melalui jalan berdekatan Hijiyama. Disaat itu, ayah saya memberitahu saya tentang bagaimana situasi keluarga saya dan berkata, “Pokok dan rumput tidak akan tumbuh di sini selama 70 tahun.” 

Sewaktu tiba di rumah, ibu saya berada dalam keadaan berbalut kain diseluruh badannya. Dia dibaluti dengan kain untuk mengelakkan ulat membiak, disebabkan seluruh tubuhnya telah melecur. Adik perempuan saya turut melecur di seluruh wajahnya hingga kehitaman. Tangan serta kakinya juga melecur teruk, maka dibaluti dengan kain. Oleh kerana masih kecil, adik perempuan saya sangat takut melihat ibu saya dan dia menangis sepanjang waktu.

Semasa bom atom dijatuhkan, ibu dan adik perempuan saya sedang menunggu tren di Enko-bashi stesen. Sekitar sejam sebelumnya, ketika amaran serangan udara kedengaran, ibu saya telah meminjamkan kain penutup serangan udara kepada seorang jiran, wanita tua tersebut mengatakan bahawa yang dia terlupa untuk membawanya. Disebabkan itulah, ibu saya bermandikan cahaya dari bom atom. Adik perempuan saya yang berada dalam gegondongan dibelakang ibu saya, melecur di sebelah kaki kiri dan tangan, serta diwajah. Ibu menurunkan adik perempuan saya dan mencelupkan adik perempuan saya didalam air pemadam kebakaran di beberapa tempat disepanjang jalan ketika mereka melarikan diri untuk berlindung di Torenheijyo (lapangan latihan tentera timur) bertempat di belakang Hiroshima stesen.

Nenek terkena bom atom ketika berada di rumah. Meskipun rumah tidak terbakar, tetapi keadaannya rosak teruk.

Ayah saya dan sepupu saya menghabiskan masa selama dua hari berjalan di sekitar Bandar untuk mencari ibu dan adik perempuan saya. Ketika ibu dan adik perempuan saya ditemui, luka lecur yang dideritai oleh ibu saya telah membuatkan tubuhnya membengkak hingga mereka sukar untuk mengenalpasti  adakah dia seorang wanita ataupun lelaki. Pada 6 Ogos, ibu saya memakai pakaian yang buatnya dari kain yang ayah saya kirimkan dari luar negeri. Ibu saya mengambil secarik sisa pakaian dan diikatkan di tangan adik perempuan saya sebagai tanda pengenalan. Ketika ayah dan sepupu saya datang mencari mereka, adik perempuan saya yang berusia setahun melihat sepupu saya dan memanggilnya, “A-chan!”. Justeru ketika melihat kain di tangan adik perempuan saya, ayah dan sepupu saya menjumpai ibu dan adik perempuan saya. Ibu saya berkata, “Kemungkinan saya tidak dapat hidup, bawa saja anak kita pulang ke rumah,” tetapi ayah saya meletakkan mereka berdua di dalam sebuah kereta sorong yang besar dan membawa mereka pulang.

●Meninggalnya ibu saya
Pada 15 Ogos ibu saya telah meninggal dunia. Ayah saya menggunakan pokok yang tua untuk membuat sebuah keranda tanpa penutup. Kami membakar jenazah ibu di kawasan tanah lapang di belakang rumah. Semua orang menggunakan kawasan tersebut untuk membakar jenazah, sehingga bau yang amat busuk masuk ke dalam rumah dan tidak menyenangkan.

Permintaan terakhir dari ibu saya kepada nenek, “Ibu mertua, saya ingin makan kentang yang besar.” Oleh kerana kekurangan bekalan makanan semenjak perang, ibu saya pergi ke kampong-kampung untuk menukar pakaian dan barang-barang yang lain dengan kentang serta makanan lain. Saya menyangka ibu hanya dapat makan kentang yang kecil saja dari hasil pertukaran. Kentang tersebut memiliki bau yang kurang enak dan sekarang tidak boleh dimakan.

Bagi mendoakan kesejahteraan roh ibu, pada setiap tahun saya selalu menyertai acara  Touro Nagashi (upacara di mana tanglung dihanyutkan menyusuri sungai). Saya menyajikan kentang rebus yang bersaiz besar. Hingga kini, jikalau saya melihat kentang yang bersaiz besar, saya ingin memberikan kentang tersebut kepada ibu untuk dimakan.

●Keadaan bandar selepas terjadinya perang
Jalan di tepi sungai di atas Sekolah Rendah Ujina sebahagian besar digunakan sebagai tempat pembakaran mayat. Jenazah dikelilingi dengan kepingan zink untuk dibakar. Sebuah lubang dibuat dari kepingan zink untuk kepala jenazah. Kami melewati tempat di mana mereka membakar jenazah di dalam perjalanan ketika berenang di laut. Kadangkala saya berfikir, “Oh, sekarang kepala jenazah sedang dibakar.” Saya turut meminjak banyak tulang ketika saya melewati daerah tersebut. Hingga saya di tahun enam sekolah rendah, saya menyangka daerah tersebut merupakan sebuah tempat pembakaran mayat.

Kehidupan amat sengsara selepas perang. Ketika itu, semua orang hidup dalam kesengsaraan yang sama.

●Adik perempuan saya selepas perang
Adik perempuan saya yang ketika itu bersama dengan ibu terselamat dari pengeboman. Pada saat itu, ramai orang berkata bahawa itu adalah keajaiban kerana anak kecil seusia adik perempuan saya tidak akan terselamat. Ketika itu, adik perempuan saya mendengar mereka berkata, “Bertuah sungguh awak terselamat. Awak masih hidup.”

Walau bagaimanapun adik perempuan saya mempunyai parut yang besar pada kakinya dan menyebabkannya kurang upaya. Dia tidak boleh memakai kasut, dia sentiasa perlu memakai geta (terompah kayu Jepun). Pada masa itu banyak orang yang menggunakan geta, maka dia tidak menghadapi masalah besar dalam kehidupan sehariannya, namun dia menghadapi masalah apabila terdapatnya acara sukan, ini kerana dia tidak boleh memakai geta. Justeru itu, dia telah dipaksa untuk memakai sepasang sarung kaki tentera.

Disebabkan oleh keadaan kakinya, adik perempuan saya mendapat banyak halangan. Pada waktu itu, diuar-uarkan bahawa penyakit akibat dari pengeboman menular, sehingga orang menunding ke arah adik perempuan saya dan mengatakan, “Jari-jemari saya membusuk,” atau “Jika melihat dengan dekat, penyakitnya akan berjangkit” Walaupun setelah beberapa tahun pengeboman berlaku, ketika dia pergi ke sekolah rendah, dia menjadi perhatian ramai dan semua oraang datang untuk melihatnya.

Namun demikian, adik perempuan saya tidak pernah memberitahu kepada saya atau nenek kami bahawa dia telah diperlakukan seperti itu. Dia pernah tidak mengeluh tentang kesusahan yang dialaminya  dan hanya berkata, “Nenek, apakah saya bertuah kerana masih hidup?” Dari apa yang diperkatakan sejak kecil, dia terus berfikir, “Ya saya amat bertuah kerana selamat. Walaupun luka lecur ini sangat hodoh, tetapi saya masih hidup.” Baru-baru ini saya telah melihat catatan harian adik perempuan saya. Di dalam catatan harian tersebut, saya terbaca, “Pada waktu itu, saya fikir lebih baik saya mati,” lalu membuat saya berfikir betapa sukar keadaannya.

Dia diberitahu bahawa kakinya tidak dapat dibedah sehingga usia 15 tahun. Sepanjang cuti musim panas di sekolah menengah atas, akhirnya dia melakukan pembedahan seperti yang diinginkannya sekian lama. Adik perempuan saya selalu berharap agar boleh memakai kasut ketika dia masuk sekolah menengah atas. Namun, dia tidak boleh memakai kasut selepas pembedahan. Meskipun sudah melakukan transplantasi kulit dari perut dan punggung untuk memperbaiki keadaan kakinya, tetapi kulit yang ditransplantasikan itu bertukar kehitaman dan jari kaki kelingkingnya bergeser 3 cm. Sebelum pembedahan, adik perempuan saya berkata, “Saya akan dapat memakai kasut olahraga seperti biasa,” namun hingga kini, setelah 65 tahun berlalu, dia masih tidak dapat memakai kasut secara normal.

Oleh kerana jari kaki kelingkingnya bergeseran dengan kasut dan terasa sakit, maka dia mencuba untuk memakai kasut olahraga yang dibuat lubang, namu jari kelingkingnya tetap bergesekan dengan lubang tersebut dan menyebabkan luka. Tidak pernah ada sehari pun di mana kakinya tidak berdarah. Dia berfikir bahawa orang lain akan merasa tidak selesa ketika melihat kasutnya yang berdarah, maka dengan itu dia menutupi darah yang meletak dengan membubuh ubat gigi.

Semasa adik perempuan saya masuk hospital bom atom, dia bertemu dengan Dr. Tomin Harada dan doktor itu berkata, “Sila berbicara dengan saya bila saja awak perlu.” Ketika dia lulus dari sekolah menengah atas, dia berbicara dengan Dr. Harada, dan dia diperkenalkan dengan seorang paderi Jepun yang menetap di Los Angeles. Disebabkan ayah kami telah meninggal dunia sebelum adik perempuan saya masuk sekolah menengah atas, keluarga kami sangat kekurangan wang. Seorang guru sekolah menengah atas memperkenalkan adik perempuan saya sebuah pekerjaan separuh masa, dan dia bekerja keras sehingga berusia 20 tahun. Dari hasil dari menabung sudah cukup untuk dia membeli tiket pergi ke Amerika.

Selain mendapat bantuan daripada paderi, adik perempuan saya juga bekerja sebagai tukang bersih untuk membiayai kehidupannya. Saya fikir dia  pasti menhadapi banyak kesulitan dan hingga kini dia masih berusaha keras di Los Angeles. Walaupun dia berfikir bahawa dia tidak akan dapat berkahwin, namun dia telah berkahwin dengan seorang lelaki Jepun yang menetap di Amerika dan mempunyai tiga orang anak.

●Kejadian di Osaka
Sekitar seminggu selepas adik perempuan saya dibedah, saya pergi mengunjungi seorang kenalan yang tinggal di Osaka. Adik perempuan saya berkata, “Keadaan saya sudah stabil, pergilah ke Osaka.”

Saya menaiki tren semi express dan tiba di sana pada sebelah petang harinya, oleh kerana saya tidak tahu di mana rumah kenalan saya itu, saya menanyakannya di sebuah pejabat polis yang berdekatan. Meskipun dia merupakan seorang polis yang muda, namun dia sangat baik lalu menemani saya mencari alamat rumah kenalan saya itu hampir selama sejam. Ketika kami menemukan rumah kenalan saya, saya mengucapkan kepadanya, “Terima kasih banyak kerana membantu.” Kemudian dia bertanya kepada saya di mana saya berasal, dan saya mengatakan kepadanya bahawa saya dari Hiroshima. Secara tiba-tiba dia mundur selangkah dan berkata, “ Hiroshima diserang oleh bom atom?” Saya menjawab, “Ya,” dan dia berkata, “Perempuan dari Hiroshima tidak menyenangkan buat saya. Terutamanyanya perempuan dari Hiroshima yang terkena bom atom.” Dia mengatakan hal ini dengan ekspresinya seolah-olah saya akan menularkan penyakit. Ketika itu, saya berpikir bahawa bom atom tidak apa apa, menyebabkan saya sangat terkejut dengan kejadian itu.

Saya tidak berkongsi tentang kejadian tersebut dengan adik perempuan saya. Saya berkongsi tentang hal tersebut dengan rakan saya di Osaka lalu dia berkata kepada saya, “Awak tidak boleh beritahu adik perempuan awak tentang hal ini, kerana kasihan jikalau dia mendengarnya.” Setelah kejadian tersebut, saya tidak akan pernah memberitahu orang lain bahawa saya berasal dari Hiroshima.

●Kejadian di sebuah kedai pakaian
Kejadian ini kembali berulang pada puluhan tahun yang lalu semasa saya sedang membantu seorang pelanggan di sebuah kedai pakaian. Tiba-tiba seseorang menyebut nama adik perempuan saya dan bertanya adakah saya abangnya. “Ya, benar. Kenapa? Bagaimana awak kenal dia?” saya bertanya kepadanya. Orang itu tinggal di Furue, dan kelihatannya berita tentang adik perempuan saya sudah tersebar.

Disebabkan oleh kejadian tersebut, dan apa yang berlaku di Osaka serta pelbagai macam kejadian lainnya, saya menyokong adik perempuan saya pergi ke Amerika. Saya berfikir bahawa jika dia ingin bebas dari diskriminasi dan halangan di Jepun, lebih baik dia pergi ke tempat di mana tidak ada seorang pun yang mengenalinya, maka itu mungkin membuatkannya bahagia.

●Harapan sebuah kedamaian
Saya berfikir bahawa mereka yang tidak mengalami pengeboman, tidak dapat memahami bagaimana rasa sakitnya manjadi mangsa pengeboman. Anda akan merasa sakit, jika jari sendiri yang terpotong, namun anda tidak tahu betapa sakitnya apabila jari orang lain yang terpotong. Oleh kerana itu, saya fikir betapa sukarnya untuk menyampaikan bagaimana rasanya pengalaman di saat pengeboman.

Perang meyebabkan luka  yang sangat menusuk di hati. Tidak hanya luka diluar, tetapi juga pelbagai luka lain tetap ada, bahkan setelah puluhan tahun lamanya, luka-luka tersebut tetap terasa sakit. Adik perempuan saya benci berbicara tentang perang atau bom atom. Sejak kecil dia sering mengelak setiap kali kami berbicara tentang hal itu. Selepas berpindah ke Amerika, dia sering memakai sarung kaki yang tebal untuk menyembunyikan parutnya dan tidak pernah berbicara tentang bom atom lagi.

Sesungguhnya perang tidak harus dilakukan.

 
 

Semua kandungan laman web ini termasuk foto dan teks tidak boleh diterbit, disalin, diedar atau dihantar semula dalam apa bentuk sekalipun.
HOMEに戻る Top of page
Copyright(c) Hiroshima National Peace Memorial Hall for the Atomic Bomb Victims
Copyright(c) Nagasaki National Peace Memorial Hall for the Atomic Bomb Victims
All rights reserved. Unauthorized reproduction of photographs or articles on this website is strictly prohibited.
初めての方へ個人情報保護方針
日本語 英語 ハングル語 中国語 その他の言語